Roadtax Hilang...
Pasti perkara ini jarang berlaku di antara pengguna jalan raya dan empunya kenderaan kan ?
Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dengan menaiki motorsikal ayah. Kulim-Gurun mengikuti arah dari Hitech-Sungai Petani-Gurun, tanpa disedari roadtax motor hilang. Cuak aku masa tu....... Sudah la esok tu nak reja.... Tapi chill la dulu sat.... Cari idea macam mana nak buat nii... Dapat satu idea tu pi laa buat research cara2 nak dapatkan semula roadtax yang hilang tu.... Lepas tu xpuas hati juga,,, buat research mengenai tarikh tamat tempoh roadtax... tudia lambat lagi nak mati pon... Hilang arah dah. sudah la moto ayah.. Sah kena hingaq... Last sekali terpaksa bagi tau ayah juga roadtax hilang.. 😂 ..
Dok esok tu pi pejabat JPJ, tanya cik kat kaunter tu macam mana kalau roadtax hilang. Dia pun bagi borang untuk diisi.
ok lah melalut banyak. ha ni benda perlu di bawa semasa membuat permohonan.
Empunya Kenderaan:
1. Salinan IC/Kad Pengenalan tuan Motor/Kereta
2. Geran Kenderaan (tak perlu pun sebenarnya, cuma pergi kat pegawai tu and bagi nambe kenderaan ja, dah majukan sekarang)
ok ni untuk wakil pulak:
1. Salinan IC/Kad Pengenalan tuan Motor/Kereta
2. Salinan IC wakil
3. Salinan surat beranak (pegawai tu cakap, tak perlu pon bawa, cuma bagi ic wakil and depa akan trace.. #buat penat aku ja patah balik rumah. Dah la dari SP ke Gurun. Ingat dekat kot.)
wakil ni disarankan adik beradik sendiri lah senang.. nanti nak buat tuntutan tu nanti jadi rumit.. kalau senang.. senang lahh kan..
Klik Di Bawah Ini ⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Pautan Tamat Tempoh Roadtax Kenderaan
Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu